Tuesday, July 21, 2009

Mecklenburg-Vorpommern

Mecklenburg-Vorpommern (singkatan MVP, kod negeri MV) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. IA terletak di timur laut negara ini dan memiliki keluasan sekitar 23,180 km² serta penduduk berjumlah lebih 1.6 juta orang. Ibu negerinya ialah Schwerin.
Negeri ini dibentuk daripada dua buah wilayah bersejarah, iaitu Mecklenburg dan Pommern, yang sebahagiannya kini ditadbir oleh Poland. Kedua-dua wilayah bersejarah itu merupakan wilayah yang ditadbir oleh Prusia sehingga pembubaran Empayar Jerman. Berikutan kekalahan tentera Jerman sewaktu Perang Dunia Kedua, sebahagian daripada wilayah Pommern yang luas diserahkan kepada Poland. Manakala bakinya yang lain diserapkan ke dalam Mecklenburg. Selepas penyatuan semula Jerman pada tahun 1990, negeri itu ditukar namanya kepada Mecklenburg-Vorpommern. Nama Vorpommern, bermaksud Pommern Dekat, tetapi sering dipanggil Western Pommerania (Pommern Barat) di dalam bahasa Inggeris.


Sejarah
Pomerania yang sejati (Pommern), dan memuat Szczecin (atau Stettin) serta tanah di sebalah timur sungai Oder (Hinterpommern, artinya Pomerania Belakang), sekarang merupakah wilayah Polandia. Pomerania Barat atau Pomerania Depan (Vorpommern) dikuasai oleh Swedia sebelum Perdamaian Westphalia pada tahun 1648 sebelum dicaplok Prusia pada 1720 dan 1815.
Mecklenburg, di sebelah barat Vorpommern, menjadi sebuah kadipaten pada 1348 tetapi kemudian dibagi antara abad ke-17 sampai 1934. Negara-negara Mecklenburg-Schwerin dan Mecklenburg-Strelitz menjadi kadipaten agung kedua-duanya pada tahun 1815, tetapi pemerintahan republik didirikan pada tahun 1918. Lalu keduanya digabung dengan Vorpommern antara tahun 1947–1952. Setelah itu dipecah-pecah lagi dan digabung lagi semenjak Persatuan Kembali Jerman pada 1990.

Kabupaten
Bad Doberan
Demmin
Güstrow
Ludwigslust
Mecklenburg-Strelitz
Müritz
Nordvorpommern
Nordwestmecklenburg
Ostvorpommern
Parchim
Rügen
Uecker-Randow

Kotamadya
Greifswald
Neubrandenburg
Rostock
Schwerin
Stralsund
Wismar

No comments: