Tuesday, July 21, 2009

Islam di Jerman

Disebabkan kemasukan buruh asing sekitar 1960-an dan beberapa siri pelarian politik sejak 1970-an, Islam di Jerman kini menjadi sebuah agama yang ketara. Sehingga 2006, terdapat kira-kira 3.5 juta Muslim (4% penduduknya).Selepas Gereja Roman Katolik dan Protestan, Islam merupakan agama ketiga terbesar di negara ini. Majoriti Muslim di Jerman berasal dari Turki (lebih daripada 90%), diikuti oleh kumpulan-kumpulan kecil dari negara-negara bekas Yugoslavia, Albania, negara-negara Arab, Iran dan Afghanistan. Kebanyakan Muslim tinggal di Berlin dan bandar-bandar besar bekas Jerman Barat. Walau bagaimanapun, tidak seperti kebanyakan negara-negara Eropah lain, kecuali Austria dan sebahagian daripada Switzerland, komuniti yang agak besar wujud di sesetengah kawasan perkampungan Jerman, terutamanya Baden-Württemberg, Hesse, Bavaria dan Nordrhein-Westfalen. Disebabkan jarangnya kemasukan sebelum 1989, bilangan Muslim di wilayah bekas Jerman Timur adalah sangat sedikit. Kebanyakan Muslim di Jerman adalah Sunnah Waljamaah. Terdapat juga penganut Syiah, kebanyakannya dari Lubnan. Selain itu, ramai di kalangan pendatang Turki adalah golongan Alawi.

Demografi
Jerman mempunyai penduduk terbanyak selepas Perancis yang beragama Islam. Kira-kira 3.5 juta Muslim tinggal di negara ini.Daripada jumlah itu, hanya sekitar 1 juta orang adalah rakyat Jerman sendiri. Lebih 15,000 orang daripadanya adalah pemeluk baru berketurunan Jerman[1] dan bilangan ini dijangka akan meningkat.
Majoriti daripada penganut Islam, iaitu 70% daripada 3.5 juta orang itu pula berketurunan Turki.Pendatang-pendatang Turki ini mula tiba di Jerman pada dekad 1960-an sebagai jawapan kepada kekurangan tenaga buruh di negara ini. Mereka dijangka (atau diharap) akan meninggalkan Jerman selepas tamat bekerja, tetapi hanya kurang separuh daripadanya yang benar-benar telah meninggalkan negara ini. Pada mulanya pendatang ini semuanya lelaki, tetapi mereka kemudiannya dituruti oleh isteri-isteri dan sanak keluarga mereka.
Kebanyakan pendatang-pendatang Islam ini menetap di sekitar kawasan perindustrian seperti Berlin, Cologne, Frankfurt, Stuttgart, Dortmund, Essen, Duisburg, Munich, Nuremberg, Darmstadt, Goppingen dan Hamburg. Hanya sedikit sahaja yang tinggal di wilayah-wilayah bekas Republik Demokratik Jerman.
Kumpulan kedua terbesar pula berasal dari Bosnia dan Herzegovina (sekitar 167,081 orang), diikuti oleh pendatang-pendatang Iran (sekitar 81,495 orang), Maghribi (79,794 orang), Afghanistan (65,830 orang), Lubnan (46,812 orang), Pakistan (35,081 orang), Syria (29,476 orang), Tunisia (24,533 orang), Algeria (16,974 orang), Indonesia (12,660 orang) dan Jordan (10,448 orang).Pelarian-pelarian berketerunan Palestin pula hampir kesemuanya masuk ke Jerman dari negara ketiga, tetapi bilangan mereka dianggarkan sekitar 200,000 orang.Masyarakat berketurunan Afghan di Jerman, walaupun bilangan mereka semakin berkurangan selepas tumpasnya pemerintahan Taliban, merupakan yang terbesar di Eropah.Berbanding dengan negara-negara lain di Eropah Barat, Jerman turut memiliki bilangan terbesar pelarian-pelarian berketurunan Kurd. Penduduk berketurunan Arab pula dianggarkan sekitar 290,00 orang.
Kumpulan pertama pendatang-pendatang Muslim ke Jerman adalah sebagai buruh asing pada dekad 1960-an dan 1970-an. Kebanyakannya datang dari Turki, tetapi ada juga yang datang dari Afrika Utara dan negara-negara bekas Yugoslavia. Sejak awal dekad 1980-an pula pemohon suaka dan perlindungan beragama Islam di negara ini pula semakin meningkat, terutamanya dari Turki (puak Kurd, Yazidi dan Assyiria)[10] dan Yugoslavia. Bilangan penganut Islam yang agak sekular, terutamanya penuntut-penuntut, datang dari Iran sejak dekad 1960-an. Hari ini, masyarakat Iran merupakan yang paling bersepadu kerana bilangan ahli akademik dan perniagaan di kalangan mereka adalah sangat tinggi berbanding masyarakat Islam lain. Pelarian-pelarian beragama Islam yang berketurunan Bosnia dan Kosovar pula menyebabkan pergerakan besar merentas Eropah. Kini lebih 300,000 sedang menetap di Jerman.
Hari ini, tinggal di Jerman empat generasi beragama Islam. Satu pertiga daripada penganut Islam berketurunan Turki dilahirkan di sini tetapi tidak mempunyai kerakyatan. Bagi keturunan Bosnia pula, peratusannya ialah 16.5%, Iran 8.7%, Maghribi 21% dan Afghan 12.6%.
Kira-kira 65% daripada penganut-penganut Islam di sini ialah Ahli Sunah Waljamaah. Terdapat juga penduduk pendukung ajaran Alawi (12%), Yezidi (7%), Syi'ah Turki (2%).

Pengamalan Islam
Sekitar 68% penganut Islam di Jerman dianggarkan bergiat aktif di dalam komuniti agama, sementara 69% yang lainnya menunaikan amalan keagamaan seperti berpuasa dan meraikan perayaan keagamaan.
Terdapat sekurang-kurangnya 2,500 pusat keagamaan di seluruh Jerman. Lebih kurang 160 daripadanya ialah masjid-masjid yang siap dengan kubah dan menara.Proses pembinaan masjid ini walau bagaimanapun seringkali menerima tentangan daripada penduduk setempat dan juga pihak berkuasa tempatan.
Di Jerman, tiada larangan menyeluruh ke atas pemakaian tudung dikenakan, walaupun perbahasan mengenai guru-guru yang memakai tudung masih berjalan. Pada tahun 2003, Mahkamah Perlembagaan Persekutuan telah memutuskan untuk tidak menyebelahi kerajaan negeri Baden-Württemberg dalam usahanya melarang usaha seorang guru Muslim memakai tudung di sekolah.[perlu petikan] Namun, mahkamah itu tetap memberikan peluang untuk larangan peringkat negeri. Oleh yang demikian, banyak negeri telah meluluskan perundangan berkaitan larangan pemakaian tudung untuk guru-guru. Negeri Hesse misalannya telah meluluskan larangan termasuk ke atas kakitangan awam di negeri itu. Konflik ini, walau bagaimanapun terus berjalan.
Penyembelihan haiwan secara halal telah bertahun-tahun dicabar di mahkamah. Namun, Mahkamah Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2002 telah memutuskan untuk mengecualikan orang-orang Islam daripada perundangan berkaitan perlindungan haiwan atas alasan kepercayaan agama mereka.[perlu petikan] Konflik ini walau bagaimanapun masih belum tamat.
Sejak dekad 1960-an, kegiatan yang digelar perniagaan etnik telah ditubuhkan bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan daripada pendatang-pendatang Muslim ini.[perlu petikan] Salah satu daripada pertubuhan yang paling berpengaruh ialah Persatuan Usahawan-usahawan Bebas (MÜSIAD). Kebanyakan ahli-ahlinya adalah usahawan yang kuat beragama.[perlu petikan
]

Pasaran buruh
Latar belakang agama seseorang pekerja tidak direkodkan di dalam perangkaan pekerjaan Jerman. Oleh itu, anggaran hanya boleh dibuat berdasarkan negara asal. Kadar pengangguran kekal dua kali lebih tinggi untuk orang-orang bukan Jerman.Di sesetengah negeri, kadar pengangguran dalam kalangan belia Muslim dianggarkan sekitar 30%.Warganegara Turki adalah yang paling teruk keadaannya. Malah, jika dibandingkan dengan golongan yang tidak mempunyai kelayakan, lebih banyak pendatang asing (tiga suku) berbanding orang-orang Jerman (satu pertiga) yang menganggur.
Bagi golongan yang mempunyai kelayakan rendah, sistem ini tampak bergerak dengan lebih baik. Belia-belia dengan latar belakang pendatang bertumpu dalam pekerjaan kurang mahir dan separa mahir. Mereka sering menerima latihan dalam pelbagai bidang kerjaya seperti dalam industri (perlombongan, tekstil, pembuatan kereta), perdagangan, kraftangan atau bekerja sendiri, contohnya dalam bidang penyediaan makanan. Golongan ini, walau bagaimanapun, tidak banyak yang diambil bekerja dalam perkhidmatan awam. Pemudi-pemudi Muslimah, yang sering mempunyai peluang rendah berbanding pemuda-pemuda, kebanyakannya bekerja sebagai pendandan rambut, pembantu doktor gigi atau setiausaha perubatan.
Secara keseluruhannya, pendatang-pendatang Muslim menghadapi halangan-halangan yang sama dengan kumpulan pendatang lain dalam pasaran buruh Jerman. Halangan tersebut adalah diskriminasi tidak langsung dan diskriminasi secara langsung kerana taraf kediaman mereka yang tidak terjamin dan ketiadaan kerakyatan.Golongan yang tidak mempunyai kerakyatan selalunya hanya layak bekerja jika tiada penganggur Jerman atau rakyat negara anggota EU lain yang boleh dicari untuk pekerjaan itu. Oleh itu, dalam konteks kadar pengangguran yang tinggi, mencari pekerjaan menjadi semakin rumit bagi pendatang Muslim. Pengambilan bekerja dalam sektor perkhidmatan awam juga dikekang oleh ketiadaan kerakyatan di kalangan pendatang. Oleh itu, hanya terdapat sedikit bilangan pegawai polis contohnya, yang mempunyai latar belakang seorang Muslim. Pemohon suaka kadangkala tidak diberi permit bekerja atau menghadapi tempoh menunggu yang panjang sebelum kebenaran diberikan. Sebelum tahun 2004, pendatang-pendatang asing yang menetap di Jerman dibenarkan bekerja selepas tempoh lima atau enam tahun dicapai. Undang-undang baru bagi mengawal imigesen (bahasa Jerman: Zuwanderungsgesetz) memberikan kebenaran ini kepada golongan pendatang asing seperti pelarian atau pemohon suaka yang diterima masuk.Orang-orang Islam di Jerman sememangnya menghadapi halangan dalam pekerjaan. Tetapi, diskriminasi lebih banyak terjadi dalam pekerjaan separa mahir berbanding yang berkelayakan tinggi. Dalam pekerjaan separa mahir, malah juga pekerjaan berkelayakan tinggi, pekerja-pekerja Muslim sering menghadapi sikap tidak toleran terhadap tanggungjawab agama mereka seperti menunaikan solat Jumaat dan solat harian selain kantin yang lazimnya tidak menyediakan makanan halal, memandangkan tiada undang-undang dalam hal sebegini.
Anggota-anggota sesetengah pertubuhan Islam pula, walaupun sah dari segi undang-undang, dilabel sebagai "Islamis" dan diketepikan dariapada beberapa bidang kerjaya seperti kakitangan awam dalam perkhidmatan keselamatan. Dalam bidang sebegini, satu permohonan am perlu dibuat di Pejabat Persekutuan bagi Perlindungan Perlembagaan (BfV).Pekerja-pekerja Muslimah pula sering menghadapi halangan lain seperti larangan memakai tudung.

Pendidikan
Selain amalan diskriminasi yang menular dalam sektor pekerjaan, kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan pendatang Muslim juga disebabkan oleh tahap pendidikan yang rendah. Seramai 700,000 orang murid dan pelajar menuntut di institusi pengajian di negara ini.Namun, perangkaan rasmi ini hanya merujuk kepada pelajar-pelajar asing.
Kajian Rancangan Penilaian Murid-murid Antarabangsa (PISA) memberikan bukti bahawa golongan pendatang dan anak-anak mereka yang belajar di sekolah-sekolah Jerman tidak berjaya sebaik murid-murid berlatar belakang Jerman. Golongan ini berkemungkinan besar belajar di sekolah-sekolah paling bawah dalam sistem persekolahan Jerman, yang mempunyai tiga tahap, dan akan meninggalkan sekolah tanpa kelulusan. Tiga kali ganda kanak-kanak berketurunan asing (murid-murid di sekolah-sekolah Jerman yang tidak mempunyai kerakyatan) berbanding kanak-kanak Jerman memasuki Hauptschule (sekolah menengah paling bawah) selepas pengajian rendah. Kebanyakannya tidak akan melanjutkan pelajaran selepas itu
Kajian PISA juga mendapati bahawa murid-murid dari generasi kedua keluarga pendatang (anak-anak pendatang yang lahir di Jerman) memiliki keputusan yang lebih teruk berbanding murid-murid dari generasi pertama (anak-anak yang memulakan pengajian selepas datang ke Jerman). Satu sebab berlakunya keadaan ini ialah kanak-kanak golongan pendatang yang lebih bertumpu di sekolah-sekolah yang majoriti muridnya adalah dari golongan yang kurang berjaya, dari segi taraf ekonomi dan latar belakang sosial. Hal ini berlaku memandangkan keluarga mereka kebanyakannya berasal dari latar belakang luar bandar, yang tidak berjaya dan tidak memiliki pendidikan tinggi. Akhirnya, Hauptschule digelar Restschulen (sekolah untuk kategori lain-lain) atau kadangkala sebagai Türkenschulen (sekolah untuk orang Turki).
Pengasingan murid-murid berdasarkan kebolehan pada peringkat seawal selepas pengajian rendah dikritik sebagai diskriminasi terhadap anak-anak golongan pendatang oleh banyak pihak, contohnya Pesuruhjaya PBB bagi Hak pendidikan, Vernor Munoz ketika lawatannya ke Jerman pada tahun 2005.[perlu petikan] Selain itu, kanak-kanak berketurunan Turki atau Muslim berlatar belakang pelarian menghadapi kesukaran yang ketara dengan bahasa Jerman. Tambahan pula, kanak-kanak pelarian mempunyai taraf tempat tinggal yang tidak terjamin, menyebabkan peluang yang terhad untuk melanjutkan pengajian dan latihan.
Rakyat asing, termasuk ramai Musllim, mempunyai peluang yang sedikit dalam pendidikan kerjaya, Pada tahun 1998, sekurang-kurangnya satu pertiga daripada pemuda dan pemudi berketurunan asing (20-29 tahun) kekal tanpa kelulusan profesional berbanding 8% bagi orang Jerman dalam lingkungan umur yang sama.[perlu petikan] Corak negatif ini juga boleh diperhatikan pada tahap pengajian tinggi. Bilangan penuntut Jerman pada umur 22 tahun adalah dua kali ganda berbanding penuntut berlatar belakang asing, manakala pada umur 26 tahun, bilangannya adalah tiga kali ganda lebih banyak.

Pendidikan Islam
Amalan di Jerman ialah untuk memberikan pendidikan agama kepada semua denominasi. Pelajaran akan disediakan oleh pertubuhan atau komuniti agama di bawah penyeliaan kerajaan. Mengikut undang-undang, mana-mana komuniti yang mempunyai bilangan murid yang mencukupi boleh menyertai rancangan ini. Di pelbagai negeri, pendidikan keagamaan telah ditawarkan kepada kanak-kanak dari keluarga Muslim secara sukarela.Namun begitu, adalah sukar bagi masyarakat Muslim untuk menawarkan pelajaran agama kerana kegagalan kerajaan negeri mengiktiraf komuniti keagamaan memandangkan ketiadaan pertubuhan tunggal mewakili masyarakat Islam. Walau bagaimanapun, sesetengah kerajaan negeri telah mencapai persetujuan dengan beberapa kumpulan bagi menyelesaikan isu ini. Kumpulan Alewi Turki adalah antara yang berjaya, selain kumpulan lain dari Turki yang turut diterima. Di Berlin misalnya, Persekutuan Islam, yang dikritik hebat oleh media, telah turut diiktiraf.
Walaupun pendidikan agama di sekolah-sekolah awam adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan di Jerman, jaminan ini telah dipertikaikan di dalam diskusi awam dan wujud interpreasi lain yang mengatakan bahawa jaminan tersebut hanya boleh digunapakai bagi agama Kristian sahaja, atau "agama-agama yang secara tradisinya telah bertapak di Eropah Barat, sekaligus mengecualikan Islam"Hasilnya, pelajaran Islam di sekolah telah mencetuskan kontroversi.
Menurut Institut Pusat bagi Arkib Islam di Jerman (ZIAD), separuh daripada 20% murid-murid dari keluarga Islam menghadiri pengajian al-Quran.Pelajaran ini ditawarkan oleh tiga pertubuhan utama, iaitu Muslimische Akademie für Religiöse und Soziale Bildung, DITIB dan Institut für Islamishe Bildung. Selain itu, terdapat juga beberapa pertubuhan kecil yang lain. Atas kebimbangan bahawa murid-murid yang tidak menghadiri pengajian agama di bawah penyeliaan kerajaan boleh terdedah kepada fahaman pelampau, terdapat usaha-usaha untuk melaksanakan pengajian Islam di sekolah-sekolah awam.
Secara keseluruhannya, terdapat kekurangan tenaga pengajar Muslim dengan kemahiran bahasa yang sesuai, yang boleh mengajar pelajaran Islam di Jerman. Namun, terdapat satu kursus pengajian Islam ditawarkan di Universiti Munster. Pada tahun 2005, universiti ini memulakan rancangan latihan perguruan bagi membantu mengatasi kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran di samping membawa kepada layanan sama rata terhadap murid-murid Muslim di sekolah awam. Sven Kalisch telah dilantik sebagai profesor bagi pengajian Islam di Universiti Munster. Universiti ini adalah yang pertama di Jerman yang menawarkan latihan untuk guru-guru Islam. Pada tahun 2007, Universiti Osnabruck turut memulakan program untuk tenaga pengajar melalui kursus Sarjana dalam bidang Pendidikan Islam. Namun, hanya empat pelajar telah diterima pada permulaan pengajian. 20 permohonan dari Turki ditolak kerana kegagalan memenuhi syarat kelayakan.Selain itu, wujud tekanan politik bagi melatih lebih banyak imam di universiti-universiti Jerman, yang diketuai oleh pemimpin Parti
Hijau.

Brandenburg

Negeri ini terletak di bahagian timur Jerman dan merupakan salah satu negeri baru yang dibentuk selepas penyatuan Jerman Barat dan Jerman Timur pada tahun 1990. Ibu negerinya ialah Potsdam. Brandenburg mengelilingi, tetapi tidak mengandungi, ibu negara Jerman, Berlin.
Dari segi sejarah, Brandenburg telahpun wujud sebagai sebuah negara merdeka, iaitu Markgrafschaf Brandenburg, yang berkembang menjadi tulang belakang kepada kemerdekaan Prusia. Sekitar satu pertiga daripada wilayah besejarah Brandenburg diambil oleh Poland berikutan pensempadan semula oleh Kuasa Berikat selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1945. Negeri ini mendapat nama daripada sebuah bandar, iaitu Brandenburg an der Havel.

Prusia Timur

Prusia Timur (Bahasa Jerman: Ostpreussen) antara tahun 1918-1939 merupakan sebuah eksklave Jerman di Eropa timur laut berbatasan dengan Laut Baltik di sebelah barat, Lithuania di sebelah timur dan Polandia di sebelah selatan.
Ibukota Prusia Timur adalah Königsberg.
Setelah tahun 1945, seluruh penduduk Jerman di daerah ini dideportasi, sisanya dianiaya dan diasingkan ke Siberia. Daerah ini dibagi dua: bagian utara menjadi Oblast Kaliningrad dan dicaplok Uni Soviet, bagian selatan diberikan kepada Polandia, sebagai salah satu kompensasi daerah Polandia yang diberikan kepada Republik-Republik Soviet Belarus dan Ukraina.

Sudetenland

Sudetenland atau Tanah Sudeten adalah sebuah daerah yang sekarang terletak di Republik Ceko.

Tanah Sudeten (bagian berwarna merah)
Daerah ini adalah tempat tinggal orang Jerman Sudeten yang setelah dibubarkannya Kekaisaran Austria-Hongaria pada tahun 1918 berada di negara Cekoslovakia. Dari antara tahun 1918 - 1939, daerah ini memiliki penduduk etnik Jerman sebanyak 3,5 juta jiwa. Pada tahun 1939 daerah ini dicaplok oleh Adolf Hitler dan diintegrasikan ke negara Jerman. Selang beberapa waktu kemudian setelah Konferensi Munchen, bahkan Bohemia dan Moravia atau seluruh daerah Republik Ceko sekarang minus Slovakia dicaplok Jerman.
Setelah Perang Dunia II terjadi pembantaian dan pembersihan etnis secara besar-besaran. Hampir semua warga Jerman diusir, kalau tidak dibunuh dengan keji oleh warga Ceko yang membalas dendam.


Beberapa kota di Sudetenland
Nama di sebelah kiri adalah nama Jerman sedangkan di sebelah kanan adalah nama Ceko:
Asch (Aš)
Aussig (Ústí nad Labem)
Bischofteinitz (Horšovský Tyn)
Brüx (Most) - sejak 1930-an orang Ceko agak lebih mendominasi. Kota ini didirikan oleh pendatang dari pegunungan sejak 1860-an.
Eger (Cheb)
Falkenau (Sokolov)
Franzensbad (Františkovy Lázně)
Freudenthal (Bruntál)
Gablonz (Jablonec nad Nisou)
Grulich (Králíky)
Iglau (Jihlava) - dengan sedikit orang Ceko, tidak ikut dicaplok Jerman Nazi.
Jägerndorf (Krnov)
(Sankt) Joachimsthal (Jáchymov)
Karlsbad (Karlovy Vary)
Klattau (Klatovy)
Komotau (Chomutov) - sejak akhir abad ke-19 dihuni pula oleh sedikit orang Ceko.
Leitmeritz (Litoměřice)
Lundenburg (Břeclav) - dicaplok Jerman pada 1938 meskipun sudah sejak 1915 orang Cek agak lebih banyak daripada orang Jerman.
Mährisch-Schönberg (Šumperk)
Marienbad (Mariánské Lázně)
Markt Eisenstein (Železná Ruda)
Mies (Stříbro)
Oberleutensdorf (Litvínov)
Olbersdorf (Město Albrechtice)
Olmütz (Olomouc) - tidak ikut dicaplok tahun 1938
Reichenberg (Liberec)
Saaz (Žatec)
Tetschen (Děčín)
Troppau (Opava)
Unterwielands (Gmünd III) (České Velenice)

Thüringen

Negeri Bebas Thüringen (bahasa Jerman: Freistaat Thüringen) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Negeri ini, yang terletak di bahagian tengah Jerman, mempunyai keluasan sekitar 16,172 km² dan penduduk berjumlah lebih 2.2 juta orang. Ibu negerinya ialah Erfurt.

Geografi
Thüringen terletak di tengah Jerman dan berbatasan dengan negara bagian Hessen, Bayern, Sachsen, Sachsen-Anhalt dan Niedersachsen. Sebelah selatan Thüringen didominasi dengan hutan Thüringer Wald.

Daftar Perdana Menteri Thüringen
1945: Hermann Brill (SPD)
1945 - 1947: Rudolf Paul (SED)
1947 - 1952: Werner Eggerath (SED)
1990 - 1992: Josef Duchac (CDU)
1992 - 2003: Bernhard Vogel (CDU)
semenjak 2003: Dieter Althaus (CDU)

Sejarah
Negara bagian Thüringen pada tahun 1952, pada saat negara Jerman Timur berdaulat dipecah-pecah menjadi Bezirke. Tetapi pada tahun 1990 diadakan lagi.
semacam kabupaten) dan 6 Kreisfreie Städte (semacam kotamadya).

Landkreise (Kabupaten)
Altenburger Land
Eichsfeld
Gotha
Greiz
Hildburghausen
Ilm-Kreis
Kyffhäuserkreis
Nordhausen
Saale-Holzland
Saale-Orla
Saalfeld-Rudolstadt
Schmalkalden-Meiningen
Sömmerda
Sonneberg
Unstrut-Hainich
Wartburgkreis
Weimarer Land

Kreisfreie Städte (kotamadya)
Erfurt
Eisenach
Gera
Jena
Suhl
Weimar

Schleswig-Holstein

ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Negeri ini terletak di bahagian paling utara negara ini dan bersempadankan Denmark. Ia memiliki keluasan sekitar 15,799 km² dan penduduk berjumlah sekitar 2.8 juta orang. Ibu negerinya ialah Kiel. Ia dibentuk daripada sebahagian besar wilayah bersejarah Schleswig dan Holstein. Sebahagian yang lainnya kini ditadbir oleh Denmark, dan dikenali sebagai Jutland. Bandar raya utama yang lainnya ialah Lübeck, bandar pelabuhan yang pernah memainkan peranan penting sebagai anggota Liga Hansa pada Zaman Pertengahan.Schleswig-Holstein dibagi menjadi sebelas Landkreise (distrik atau kabupaten):
Dithmarschen
Lauenburg
Nordfriesland
Ostholstein
Pinneberg
Plön
Rendsburg-Eckernförde
Schleswig-Flensburg
Segeberg
Steinburg
Stormarn

Lalu ada empat kotamadya (Kreisfreie Städte):
Kiel
Lübeck
Neumünster
Flensburg

Sachsen-Anhalt

Ia memiliki keluasan sekitar 20,447 km² dan penduduk berjumlah 2.45 juta orang (lebih 2.8 juta pada tahun 1990). Ibu negerinya ialah Magdeburg.

Sachsen-Anhalt dibagi menjadi 21 kabupaten (Landkreise),
Berkas:Saxony anhalt map.png
Altmarkkreis Salzwedel
Anhalt-Zerbst
Aschersleben-Staßfurt
Bernburg
Bitterfeld
Bördekreis
Burgenlandkreis
Halberstadt
Jerichower Land
Köthen
Mansfelder Land
Merseburg-Querfurt
Ohrekreis
Quedlinburg
Saalkreis
Sangerhausen
Schönebeck
Stendal
Weißenfels
Wernigerode
Wittenberg

dan tiga kotamadya (Stadtkreise),
Dessau
Halle (Saale)
Magdeburg

Sachsen

Negeri Bebas Sachsen (bahasa Jerman: Freistaat Sachsen) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Ia terletak di bahagian paling timur negara ini dan memiliki keluasan sekitar 18,413 km² (yang ke-10 terbesar) manakala penduduknya berjumlah 4.3 juta orang (yang keenam terbanyak).
Negeri ini mempunyai sejarah yang panjang sebagai sebuah duci, kemudian ketuanya berhak menjadi pemilih bagi takhta Empayar Suci Rom, dan seterusnya menjadi sebuah wilayah beraja sebagai Kerajaan Sachsen. Kerajaan itu dihapuskan pada tahun 1918 dan digantikan oleh pemerintahan republik yang ditubuhkan di bawah namanya sekarang sebelum kekalahan Jerman di dalam Perang Dunia Pertama. Namun, ia dihapuskan sama sekali di bawah pemerintahan rejim komunis Jerman Timur selepas Perang Dunia Kedua. Berikutan penyatuan dengan Jerman Barat pada tahun 1990, negeri ini dihidupkan semula dalam bentuk sekarang.
Sewaktu Zaman Pertengahan, nama Sachsen (atau Saxony) merujuk kepada wilayah yang kini dipanggil Niedersachsen (bahasa Inggeris: Lower Saxony) dan Nordrhein-Westphalen (bahasa Inggeris: North Rhein-Westphalia). orang-orang Saxon telah berhijrah ke kawasan negeri-negeri tersebut dari kawasan asal mereka yang kini dikenali sebagai negeri Schleswig-Holstein di antara tahun 250 dan 500.
Ibu negeri Sachsen ialah bandar raya Dresden.


Geografi
Sachen berbatasan dengan Polandia di sebelah timur dan Ceko di sebelah selatan.


[Perdana Menteri Sachsen
1945 - 1947: Rudolf Friedrichs (SPD/SED)
1947 - 1952: Max Seydewitz (SED)
1990 - 2002: Kurt Biedenkopf (CDU)
2002 - 2008: Georg Milbradt (CDU)
sejak 2008: Stanislaw Tillich (CDU)


Pembagian Administratif
Sachsen dibagi menjadi tiga daerah Regierungsbezirke yang kurang lebih bisa disamakan dengan karesidenan di Indonesia yaitu: Chemnitz, Dresden dan Leipzig. Ketiga-tiganya lalu dibagi lagi menjadi 22 Landkreise (kabupaten) dan 7 Kreisfreie Städte (kotamadya/kota otonom).

Landkreise (kabupaten)
Berkas:Saxony map.png
Annaberg
Aue-Schwarzenberg
Bautzen
Chemnitzer Land
Delitzsch
Döbeln
Freiberg
Kamenz
Leipziger Land
Löbau-Zittau
Meißen
Mittlerer Erzgebirgskreis
Mittweida
Muldentalkreis
Niederschlesischer Oberlausitzkreis
Riesa-Großenhain
Sächsische Schweiz
Stollberg
Torgau-Oschatz
Vogtlandkreis
Weißeritzkreis
Zwickauer Land

Kreisfreie Städte (kotamadya)
Chemnitz
Dresden
Görlitz
Hoyerswerda
Leipzig
Plauen
Zwickau

Saarland

Saarland, bahasa Perancis: Sarre) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Dengan Saarbrücken sebagai ibu negeri, ia memiliki keluasan sekitar 2,570 km² dan penduduk berjumlah 1,045,000 orang, menjadikannya negeri terkecil dari segi saiz dan penduduk tanpa mengira negeri-negeri kota seperti Hamburg, Berlin dan Bremen. Kedudukannya di antara Jerman dan Perancis memberikan negeri ini satu sejarah yang unik. Saarland merupakan satu-satunya negeri yang menyertai Jerman Barat sebelum penyatuan dengan Jerman Timur. Selepas Bavaria, negeri ini memiliki peratusan kedua tertinggi penganut-penganut agama Kristian Katolik dengan 65.1% daripada jumlah penduduk keseluruhan.


Sejarah
Negara bagian Saarland dibentuk setelah berakhirnya Perang Dunia I dari provinsi Prusia dan Bayern: Rheinland dan Pfalz. Kemudian daerah ini dikontrol oleh Perancis sebagai wakil dari Liga Bangsa-Bangsa. Namun pada tahun 1935 dikembalikan ke Jerman setelah ada referendum. Setelah Perang Dunia II, Saarland dikuasai oleh Perancis kembali dan baru dikembalikan kepada Jerman Barat pada tahun 1957 setelah referendum pula.


6 bandar:
Neunkirchen
Saarbrücken
Saarlouis
Saarpfalz
Sankt Wendel

Rheinland-Pfalz

Rheinland-Pfalz (bahasa Inggeris: Rhineland-Palatinate) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Ia mempunyai keluasan sekitar 19,847 km² dan penduduk berjumlah 4 juta orang. Ibu negerinya ialah Mainz.
Nama Rheinland yang bermaksud tanah atau lembah sungai Rhine menandakan kedudukannya di lembah sungai itu. Kata Pfalz pula bermaksud "wilayah kekuasaan kesatria (paladin)". Negeri ini dibentuk pada 18 Mei 1947 daripada dua buah wilayah bersejarah iaitu sebahagian daripada wilayah Rheinland (sebahagian lagi membentuk negeri jirannya Nordrhein-Westfalen) dan juga bekas wilayah Bavaria iaitu Rhenish Pfalz selain beberapa wilayah kecil lain di sekitarnya

Sejarah
Negara bagian federal Rheinland-Pfalz diresmikan pada 30 Agustus 1946 dan dibentuk dari bagian dari Bayern (Rheinpfalz), bagian selatan dari Provinsi Prussia Rheinland (termasuk Distrik Birkenfeld yang dulunya termasuk Oldenburg), bagian dari Provinsi Prussia Nassau (lihat Hessen-Nassau), dan sebagian dari Hesse-Darmstadt (Rheinhessen di tepi barat Rhine); negara bagian baru ini secara sah diresmikan melalui referendum pada 18 Mei 1947.

Pemerintahan
Rheinland-Pfalz dibagi kepada 24 distrik, yang dibagi dalam tiga wilayah administratif: Koblenz, Trier dan Rheinhessen-Pfalz.
Daftar distrik-distrik di Rheinland-Pfalz:
Ahrweiler
Altenkirchen
Alzey-Worms
Bad Dürkheim
Bad Kreuznach
Bernkastel-Wittlich
Birkenfeld
Cochem-Zell
Donnersbergkreis
Bitburg-Prüm
Germersheim
Kaiserslautern
Kusel
Mainz-Bingen
Mayen-Koblenz
Neuwied
Rhein-Hunsrück
Rhein-Lahn
Rhein-Pfalz-Kreis
Südliche Weinstraße
Südwestpfalz
Trier-Saarburg
Daun
Westerwaldkreis

Setiap distrik terdiri dari beberapa kotamadya, yang dapat dibagi kepada kota, desa, atau kelompok pedesaan yang disebut Verbandsgemeinde.
Selain itu, ada pula 12 kota yang tidak termasuk distrik apapun (Kreisfreie Stadt):
Frankenthal
Kaiserslautern
Koblenz
Landau in der Pfalz
Ludwigshafen
Mainz
Neustadt (Weinstraße)
Pirmasens
Speyer
Trier
Worms
Zweibrücken

Nordrhein-Westfalen

Nordrhein-Westfalen (bahasa Inggeris: North Rhein-Westphalia, bahasa Melayu: Rhine Utara-Dataran Barat; singkatan NRW, kod negeri NW) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Negeri ini, yang terletak di bahagian paling barat negara ini, merupakan negeri terbesar dari segi penduduk dan juga keluaran ekonomi. Ia memiliki sekitar 18 juta penduduk, keluasan sekitar 34,085 km² dan menyumbang hampir 22% daripada keseluruhan KDNK Jerman. Ibu negerinya ialah Düsseldorf, tetapi bandar raya terbesar ialah Cologne. Negeri ini pernah menyaksikan aktiviti perindustrian yang tiada bandingannya di seluruh Eropah, dengan kawasan metropolitan Lembah Ruhr (bahasa Jerman: Ruhrgebiet) menjadi pusat pengeluaran arang batu, bijih besi, besi waja dan jentera.

terbahagi kepada 31 daerah:
Aachen
Borken
Coesfeld
Düren
Ennepe-Ruhr
Rhein-Erft-Kreis
Euskirchen
Gütersloh
Heinsberg
Herford
Hochsauerland
Höxter
Kleve
Lippe
Märkischer Kreis
Mettmann
Minden-Lübbecke
Rhein-Kreis Neuss
Oberbergischer Kreis
Olpe
Paderborn
Recklinghausen
Rheinisch-Bergischer Kreis
Rhein-Sieg
Siegen-Wittgenstein
Soest
Steinfurt
Unna
Viersen
Warendorf
Wesel
Kota-kota otonom atau kotamadya (Kreisfreie Städte):
Aachen
Bielefeld
Bochum
Bonn
Bottrop
Köln
Dortmund
Duisburg
Duesseldorf
Essen
Gelsenkirchen
Hagen
Hamm
Herne
Krefeld
Leverkusen
Mönchengladbach
Mülheim
Münster
Oberhausen
Remscheid
Solingen
Wuppertal

Niedersachsen

Niedersachsen bahasa Melayu: Sachsen Rendah, bahasa Inggeris: Lower Saxony) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Dengan keluasan sekitar 47,624 km² dan penduduk berjumlah 7,977,000 orang, ia merupakan negeri kedua terbesar dari segi saiz dan keempat terbesar dari segi jumlah penduduk di Jerman. Negeri ini terletak di bahagian barat laut Jerman dan ibu negerinya ialah Hanover.

dibahagi kepada38 daerah:
Ammerland
Aurich
Bentheim
Celle
Cloppenburg
Cuxhaven
Diepholz
Emsland
Friesland
Gifhorn
Goslar
Göttingen
Hameln-Pyrmont
Hannover
Harburg
Helmstedt
Hildesheim
Holzminden
Leer
Lüchow-Dannenberg
Lüneburg
Nienburg
Northeim
Oldenburg
Osnabrück
Osterholz
Osterode
Peine
Rotenburg
Schaumburg
Soltau-Fallingbostel
Stade
Uelzen
Vechta
Verden
Wesermarsch
Wittmund
Wolfenbüttel
Lalu ada delapan Kreisfreie Städte (kota otonom atau kotamadya):
Braunschweig
Delmenhorst
Emden
Oldenburg
Osnabrück
Salzgitter
Wilhelmshaven
Wolfsburg

Mecklenburg-Vorpommern

Mecklenburg-Vorpommern (singkatan MVP, kod negeri MV) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. IA terletak di timur laut negara ini dan memiliki keluasan sekitar 23,180 km² serta penduduk berjumlah lebih 1.6 juta orang. Ibu negerinya ialah Schwerin.
Negeri ini dibentuk daripada dua buah wilayah bersejarah, iaitu Mecklenburg dan Pommern, yang sebahagiannya kini ditadbir oleh Poland. Kedua-dua wilayah bersejarah itu merupakan wilayah yang ditadbir oleh Prusia sehingga pembubaran Empayar Jerman. Berikutan kekalahan tentera Jerman sewaktu Perang Dunia Kedua, sebahagian daripada wilayah Pommern yang luas diserahkan kepada Poland. Manakala bakinya yang lain diserapkan ke dalam Mecklenburg. Selepas penyatuan semula Jerman pada tahun 1990, negeri itu ditukar namanya kepada Mecklenburg-Vorpommern. Nama Vorpommern, bermaksud Pommern Dekat, tetapi sering dipanggil Western Pommerania (Pommern Barat) di dalam bahasa Inggeris.


Sejarah
Pomerania yang sejati (Pommern), dan memuat Szczecin (atau Stettin) serta tanah di sebalah timur sungai Oder (Hinterpommern, artinya Pomerania Belakang), sekarang merupakah wilayah Polandia. Pomerania Barat atau Pomerania Depan (Vorpommern) dikuasai oleh Swedia sebelum Perdamaian Westphalia pada tahun 1648 sebelum dicaplok Prusia pada 1720 dan 1815.
Mecklenburg, di sebelah barat Vorpommern, menjadi sebuah kadipaten pada 1348 tetapi kemudian dibagi antara abad ke-17 sampai 1934. Negara-negara Mecklenburg-Schwerin dan Mecklenburg-Strelitz menjadi kadipaten agung kedua-duanya pada tahun 1815, tetapi pemerintahan republik didirikan pada tahun 1918. Lalu keduanya digabung dengan Vorpommern antara tahun 1947–1952. Setelah itu dipecah-pecah lagi dan digabung lagi semenjak Persatuan Kembali Jerman pada 1990.

Kabupaten
Bad Doberan
Demmin
Güstrow
Ludwigslust
Mecklenburg-Strelitz
Müritz
Nordvorpommern
Nordwestmecklenburg
Ostvorpommern
Parchim
Rügen
Uecker-Randow

Kotamadya
Greifswald
Neubrandenburg
Rostock
Schwerin
Stralsund
Wismar

Hessen

Hesse (bahasa Jerman: Hessen) merupakan salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Negeri ini memiliki lebih 6 juta penduduk dan kawasan seluas 21,100 km². Ibu negerinya ialah Wiesbaden, tetapi bandar raya terbesar ialah Frankfurt, ibu kota kewangan Eropah.

Landkreise (distrik), dalam kurung adalah nama beberapa kota penting:
Bergstraße (Heppenheim, Bensheim)
Darmstadt-Dieburg (Dieburg)
Groß-Gerau (Groß-Gerau, Rüsselsheim)
Hochtaunuskreis (Bad Homburg)
Main-Kinzig (Gelnhausen, Hanau)
Main-Taunus (Hofheim, Bad Soden)
Odenwaldkreis (Erbach)
Offenbach (Offenbach)
Rheingau-Taunus (Idstein, Rüdesheim)
Wetteraukreis (Friedberg, Bad Nauheim)
Gießen (Gießen)
Lahn-Dill (Wetzlar, Herborn, Dillenburg)
Limburg-Weilburg (Limburg, Weilburg)
Marburg-Biedenkopf (Marburg)
Vogelsbergkreis (Alsfeld, Lauterbach)
Fulda (Fulda)
Hersfeld-Rotenburg (Bad Hersfeld)
Kassel
Schwalm-Eder (Fritzlar, Borken)
Werra-Meißner (Eschwege, Witzenhausen)
Waldeck-Frankenberg (Korbach, Frankenberg)
Kreisfreie Städte (Kota-kota otonom):
Darmstadt
Frankfurt (Main)
Kassel
Offenbach
Wiesbaden

Gießen dan DarmstadtSeluruh 21 distrik dan lima kota otonom ini dibagi menjadi tiga Regierungsbezirke: Kassel,

Hamburg

Hamburg (IPA: [ˈhambʊɪç]) ialah bandar raya kedua terbesar di Jerman (selepas Berlin) dengan pelabuhannya sebagai pelabuhan kedua terbesar di Eropah (selepas Rotterdam), kesembilan terbesar di dunia, dan juga merupakan bandar raya paling banyak penduduk di Eropah yang bukan merupakan ibu negara. Kota ini dihuni oleh sekitar 1.8 juta orang.
Nama khasnya ialah "Kota Bebas Liga Hansa Hamburg" (bahasa Jerman: Freie und Hansestadt Hamburg). Ia merujuk kepada keanggotaanya dalam Liga Hansa yang terkenal sewaktu Zaman Pertengahan dan juga kerana tarafnya sebagai negara kota dan merupakan salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman.

Bremen

Kota Bebas Liga Hansa Bremen (bahasa Inggeris: Freie Hansestadt Bremen) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Dengan keluasan sekitar 404.28 km², ia merupakan negeri terkecil di Jerman. Penduduknya berjumlah sekitar 662,000 orang dan ia dibentuk oleh dua buah bandar, iaitu Bremen dan Bremerhaven. Ia dikelilingi oleh negeri Niedersachsen (bahasa Inggeris: Lower Saxony). Nama tidak rasmi yang sering digunakan di dalam media cetak dan elektronik ialah Negeri Bremen (Das Land Bremen).

Berlin







Berlin ialah ibu negara Jerman yang merupakan bandar raya terbesar di negara itu dari segi keluasan dan jumlah penduduk, serta bandar raya yang kedua terbesar dan yang terpadat di Kesatuan Eropah.
Kini, Berlin merupakan salah satu daripada pusat-pusat politik, budaya, dan sains Eropah yang terpengaruh. Bandar raya ini bertindak sebagai persimpangan yang penting dalam pengangkutan negara dan benua, dan merupakan destinasi pelancongan dan membeli-belah yang utama serta dikenali untuk berbagai-bagai tempat konvensyen dan saluran keluar media.Berlin ialah tempat asal untuk sebilangan universiti, pusat pendidikan penyelidikan, teater, dan muzium yang terutama di dunia.
Metropolis ini yang berubah dengan begitu pesat kini telah mencapai reputasi antarabangsa untuk perayaan, hiburan malam, seni bina semasa dan seni-seni avant-garde. Sebagai tempat tinggal untuk pelbagai orang daripada melebihi 180 buah negara, Berlin ialah magnet untuk orang-orang yang tertarik kepada gaya hidup yang liberal, eklektisismebandar, dan kebebasan kesenian.
Di dokumenkan buat pertama kali pada abad ke-13, Berlin merupakan ibu kota Kemaharajaan Prusia pada tahun 1701, Empayar Jerman pada tahun 1871, dan terus memainkan peranan sebagai ibu kota semasa Republik Weimar serta Pemerintahan Ketiga sehingga 1945. Pada masa pembahagian, Republik Demokratik Jerman menuntut Berlin Timur sebagai ibu negaranya, sedangkan Berlin Barat merupakan pulau demokrasi yang dikelilingi oleh Jerman Timur. Menyusul Penyatuan semula Jerman pada tahun 1990, Berlin sekali lagi menjadi ibu negara Jerman.


Berlin terletak di Jerman timur, kira-kira 70 kilometers (40 batu) ke barat sempadan dengan Poland. Rekabentuk Berlin telah dibentukkan oleh kepingan ais semasa [[zaman ais]. Pusat bandaraya terletak di sepanjang sungai Spree di dalam Berlin-Warsaw Urstromtal (lembah sungai purba), dibentuk oleh air yang mengalir dari kepingan-kepingan ais yang mencair pada hujung zaman ais. Urstromtal terletak di antara dataran rendah Barnim ke utara, dan dataran Teltow ke selatan. Dalam Spandau, borough Berlin paling barat , Sungai Spree akan bertemu dengan sungai Havel, yang mengalir dari utara dari selatan menerusi Berlin barat. Arah Havel lebih kepada rantarian tasik-tasik, yang paling besar adalah Tegeler See dan Großer Wannsee. Satu siri tasik juga memberi laluan kepada Spree utara, yang mengalir menerusi Großer Müggelsee di Berlin timur.

AlexanderplatzAlexanderplatz adalah sebuah taman atau lapangan yang ramai dan berubin di tengah kota Berlin, ibukota Jerman, dekat tepi sungai Spree dan Berliner Dom.Tempat ini merupakan tempat pertemuan bersejarah, tradisi ini dilanjutkan sampai hari ini. Gedung utama di wilayah ini, Rote Rathaus, menjadi gedung pemerintahan kota Berlin.Nama taman ini diberikan untuk menghormati kedatangan Tsar Rusia, Alexander I yang mengunjungi kota Berlin pada tahun 1805. Nama taman ini tidak diotak-atik oleh pemerintahan komunis DDR (Republik Demokratis Jerman/Jerman Timur). Bahkan kala itu taman ini merupakan tempat perkumpulan yang penting pula.Pada masa pemerintahan DDR menara televisi Fernsehturm dibangun. Menara ini memberikan para pengunjung sebuah kesan meluas seluruh kota Berlin dan sekitarnya.Di dekat taman ini ada Gereja Nicolai, salah satu gereja tertua di Berlin yang selamat menghadapi pemboman pada masa Perang Dunia II. Di dekat gereja ini ada sebuah kolam dengan sebuah patung Neptunus yang sangat indah. Kolam ini pada masa-masa musim panas, sering diceburi masuk warga kota yang kepanasan. Lalu di tengah taman ada sebuah jam raksasa yang disebut jam dunia dan menunjukkan waktu di seluruh dunia. Jam ini dibangun pada masa pemerintahan DDR. Reichstag
Reichstag di Berlin didirikan sebagai tempat di mana Reichstag, atau parlemen Kekaisaran Jerman, akan bersidang. Gedung ini dibuka pada tahun 1894 dan memberi tempat Reichstag sampai tahun 1933. Kemudian sekali lagi menjadi tempat parlemen Jerman mulai tahun 1999 sampai sekarang.Agak membingungkan, parlemen Jerman sekarang disebut Bundestag. Reichstag sebagai parlemen kembali kepada hari-hari Kekaisaran Suci Romawi dan berhenti ada pada tahun-tahun kekuasaan Jerman Nazi (1933-1945). Dalam percakapan sehari-hari di Jerman dalam bahasa Jerman, istilah Reichstag merujuk kepada gedungnya, sedangkan Bundestag merujuk kepada institusinya.Dem Deutschen Volke (Kepada Rakyat Jerman)Pembangunan gedung ini dimulai pada tahun 1871. Sebelumnya parlemen bersidang di beberapa gedung di jalan Leipziger Straße di Berlin; tetapi dianggap terlalu kecil, maka pada 1872 diadakan sayembara dengan 103 arsitek peserta yang merancang gedung baru. Namun pekerjaan baru dimulai sepuluh tahun kemudian karena ada masalah dengan pembebasan tanah bagi gedung baru dan cekcok antara kaisar Wilhelm I, Otto von Bismarck, dan anggota Reichstag mengenai pembangunan gedung.Pada tahun 1882, sebuah sayembara lainnya diadakan, dan disertai oleh 189 arsitek. Kali ini pemenangnya, seorang arsitek dari Frankfurt bernama Paul Wallot, akan melihat rancangannya benar-benar dibangun. Pada 9 Juni 1884, batu fondasi pertama akhirnya diletakkan oleh Wilhelm I. Sebelum pembangunan selesai pada tahun 1894, Wilhelm I mangkat pada 1888 (Tahun Tiga Kaisar), dan penerusnya, Wilhelm II, lebih tidak menyukai sebuah parlemen sebagai pranata sosial. Gedung yang asli ini banyak dipuji karena memiliki sebuah kubah dari baja dan kaca, sebuah prestasi tekhnik masa itu. Gedung ini bisa dikatakan merupakan hadiah kepada rakyat Jerman, pada gerbang masuk utama, ada sebuah tulisan Dem Deutschen Volke yang artinya ialah “Kepada Rakyat Jerman”.Republik Weimar dan Naiknya Kaum NaziReichstag Setelah Perang Dunia I usai dan sang Kaisar mengundurkan diri, maka pada hari-hari revolusioner tahun 1918, Philipp Scheidemann memproklamasikan Republik Jerman dari salah satu balkon Gedung Reichstag pada 9 November. Gedung ini tetap merupakan tempat sidang parlemen Republik Weimar (1919-1933), yang kala itu tetap disebut Reichstag.Setelah Adolf Hitler dilantik menjadi Kanselir Jerman pada tanggal 30 Januari 1933, gedung ini dibakar oleh seorang komunis muda dari Belanda bernama Marinus van der Lubbe pada 27 Februari 1933. Apa, bagaimana dan kenapa hal ini terjadi sampai sekarang belumlah jelas sepenuhnya (lihat Kebakaran Reichstag). Hal ini terbukti menjadi sebuah alasan kuat bagi Partai Nazi untuk menunda sebagian besar undang-undang yang melindungi hak asasi manusia yang telah disetujui dalam konstitusi tahun 1919 dengan Dekrit Kebakaran Reichstag mereka.Bertentangan dengan kepercayaan umum, selama 12 tahun Kerajaan Ketiga berkuasa, gedung Reichstag tidaklah dipakai untuk sidang parlemen sama sekali. Gantinya, pada beberapa kali Reichstag bersidang, mereka bersidang di gedung Kroll Oper, sebuah gedung mantan opera di seberang gedung Reichstag. Hal ini juga terjadi pada sesi tanggal 23 Maret 1933, ketika Reichstag melepaskan kekuasaannya kepada pemerintahan Nazi dalam Ermächtigungsgesetz mereka. Ini merupakan langkah selanjutnya dalam proses apa yang disebut Gleichschaltung, atau langkah-langkah hukum yang diambil kaum Nazi ketika naik kuasa.Perang Dunia IIGedung Reichstag yang sejatinya sudah rusak karena terbakar, dipakai untuk keperluan propaganda dan ketika Perang Dunia II berkecamuk untuk keperluan militer. Gedung ini juga dipertimbangkan untuk dirubah menjadi sebuah “Menara Flak” (tempat menaruh senjata anti udara dan tempat perlindungan), karena bentuknya yang cukup simetris. Tetapi setelah ditimbang dikatakan tidak cocok.Gedung ini lalu juga tambah rusak karena serangan udara. Sewaktu Pertempuran Berlin pada 1945, gedung ini menjadi target utama Tentara Merah, meski alasannya kurang jelas. Sebab Reichstag tidak memiliki peran politik, militer atau strategis lagi. Sejatinya, kaum Nazi menelantarkan gedung ini. Foto termasyhur seorang prajurit Tentara Merah Uni Soviet yang mengibarkan bendera Palu-Arit di atap gedung ini, diambil pada 2 Mei 1945, beberapa hari setelah pasukan Tentara Merah merebut gedung ini.PerangKetika Perang Dingin berkecamuk, gedung ini berada di Berlin Barat, namun hanya pada jarak beberapa meter dari perbatasan Berlin Timur, yang pada tahun 1961 mulai ditutup dengan Tembok Berlin.Pada Blokade Berlin, sejumlah besar warga Berlin Barat berkumpul di depan gedung ini pada 9 September 1948 mendengarkan pidato walikota Ernst Reuter. Ia mengakhiri pidatonya yang termasyhur dengan kalimat: Ihr Völker der Welt, schaut auf diese Stadt! (Wahai kalian bangsa sedunia, lihatlah kota ini!)Setelah perang, gedung ini sebagian besar hancur dan berbentuk puing. Selain itu, tidak ada kegunaannya lagi karena ibukota Jerman Barat sudah berpindah ke Bonn pada tahun 1949. Namun, pada 1956, setelah perdebatan sengit, diputuskan bahwa Reichstag tidak akan dihancurkan, melainkan direstaurasi. Sayangnya, kubah gedung yang asli dan rusak berat dalam peperangan, dihancurkan.Maka sebuah sayembara diadakan lagi dan pemenangnya kali ini adalah seorang arsitek bernama Paul Baumgarten. Ia merenovasi gedung antara tahun 1961-1964. Nilai seni dan praktis karyanya merupakan bahan perdebatan sengit setelah Jerman bersatu kembali. Karena keputusan-keputusan yang ditentukan oleh Pasukan Sekutu pada 1971 (Vier-Mächte-Abkommen), Bundestag, parlemen Jerman Barat kala itu, tidak diperbolehkan bersidang secara resmi di Berlin Barat (meski sebenarnya Jerman Timur melanggar keputusan ini karena ibukotanya terletak di Berlin Timur). Sampai 1990, gedung ini hanya sesekali dipakai untuk pertemuan-pertemuan perwakilan dan untuk sebuah pameran permanen yang banyak dipuji tentang Sejarah Jerman. Pameran ini disebut Fragen an die deutsche Geschichte (Pertanyaan Kepada Sejarah Jerman).Persatuan JermanSeremoni resmi Persatuan Kembali Jerman pada 3 Oktober 1990, diadakan di Gedung Reichstag. Para tamu termasuk Bundeskanzler Helmut Kohl, Bundespräsident Richard von Weizsäcker, dan mantan Bundeskanzler Willy Brandt. Pertemuan ini merupakan peristiwa mengharukan dengan sajian tontonan kembang api yang diingat dengan manis oleh banyak orang. Sehari kemudian, parlemen Jerman bersatu bersidang di gedung ini yang merupakan sebuah perbuatan simbolis.Akan tetapi, peran Berlin kala itu belum diputuskan. Baru setelah perdebatan yang sangat sengit, oleh banyak orang dianggap salah satu sesi paling terkenang, akhirnya pada 20 Juni 1991, Bundestag dengan mayoritas tipis memutuskan bahwa pemerintahan dan parlemen Jerman akan dikembalikan dari Bonn ke Berlin.Pada 1992, Sir Norman Foster memenangkan sebuah sayembara lagi untuk merenovasi gedung. Rencananya terlihat sangat berbeda dengan apa yang akhirnya akan diwujudkan.ReichstagSebelum pekerjaan renovasi dimulai, Reichstag dibungkus oleh seniman Bulgaria bernama Christo pada 1995, dan menarik jutaan pengunjung.Sewaktu direnovasi, gedung ini pertama-tama dibongkar total dalamnya. Semuanya dikeluarkan kecuali tembok luar – termasuk perubahan-perubahan yang dilaksanakan oleh Baumgarten pada dasawarsa 1960-an. Parlemen Jerman pun dipindah ke Reichstag pada April 1999. Renovasi ini secara umum dianggap sukses; paling tidak jelas bahwa gedung Reichstag, dan terutama kubah kaca yang dibangun sebagai kenangan kubah kaca yang asli pada 1894, adalah salah satu tempat yang favorit dikunjungi turis di Berlin. Kubah ini memberikan suatu pemandangan yang mengesankan akan kota Berlin, terutama pada malam hari. Ruang Sidang Pleno juga bisa dilihat dari kubah. Kubah ini terbuka bagi siapa saja, tanpa harus melapor terlebih dahulu, meski antrian bisa panjang, apalagi pada masa-masa musim panas.

Treptow-Köpenick
Treptow-Köpenick adalah Bezirk yang berwilayah terluas di Berlin.Treptow-Köpenick dibentuk sejak 1 Januari 2001 sebagai gabungan dari Bezirk Treptow dan bezirk Köpenick (keduanya sebelumnya merupakan wilayah Berlin Timur). Lambang bersama mulai digunakan pada akhir 2004, yang merupakan perpaduan model lambang dari kedua Bezirk pembentuknya.
Posted by shana

Mitte/berlin,ibu kota german
Mitte di Berlin merupakan pusat ibu kota Jerman. Pada tanggal 1 Januari 2001, tiga mantan Bezirke Mitte, Tiergarten dan Wedding bergabung menjadi Bezirk Mitte. Namun di mulut rakyat, "Mitte" artinya sampai sekarang masih mantan Bezirk Berlin-Mitte, dan bukan Bezirk ini secara keseluruhan.Di Bezirk ini sebagian besar gedung-gedung pemerintahan Jerman terdapatkan. Selain itu sebagian besar Kedutaan Besar negara-negara sahabat juga terletak di Bezirk ini.
Friedrichshain-Kreuzberg
Friedrichshain-Kreuzberg adalah sebuah Bezirk dari Berlin yang sebelum tahun 2001 terdiri dari dua Bezirk yaitu Friedrichshain (sebelumnya berada di bagian timur kota) dan Kreuzberg (di bagian barat kota). Di Kreuzberg terdapat banyak warga asing pendatang dari Turki.Kreuzberg dan Friedrichshain terpisahkan sungai Spree dan dihubungkan dengan jembatan Oberbaumbrücke.
Posted by shana

Masjid Ahmadiyah Berlin
Masjid Ahmadiyah di Berlin (Wilmersdorfer Moschee) adalah masjid tertua di Jerman, terletak di Brienner Straße 7-8 di Berlin-Wilmersdorf. Dirancang oleh K.A. Kermann dan dibangun antara 1924 dan 1928. Masjid Ahmadiyah Berlin, yang memiliki minaret setinggi 32 meter, rusak parah pada Perang Dunia II.Masjid tersebut dimiliki dan dikelola oleh Pergerakan Ahmadiyah Lahore.
Posted by shana
Brandenburg
Brandenburg, adalah sebuah negara bagian Jerman dengan ibukota Potsdam. Brandenburg mengelilingi ibu kota Jerman, Berlin. Negara bagian ini dinamakan menurut kota Brandenburg yang berada di sini (bahasa Slavia: Brennabor).
Posted by shana

Bayern/Bavaria







Negeri ini, yang terletak di tenggara Jerman, merupakan negeri Jerman yang terbesar dari segi saiz dengan keluasan mencecah 70,553 km², dan yang kedua terbesar dari segi jumlah penduduk dengan 12.5 juta orang. Ibu negerinya ialah Munich.

Baden-Württemberg

Baden-Württemberg ialah salah satu daripada 16 buah negeri (Bundesländer) di dalam Republik Persekutuan Jerman. Baden-Württemberg terletak di bahagian selatan negara ini, lebih kurang di barat bahagian atas Sungai Rhine. Negeri ini adalah yang ketiga terbesar di Jerman dari segi jumlah penduduk dan juga saiz, dengan 10.7 juta orang (hampir sama dengan seluruh Belgium) dan seluas 35,742 km². Ibu negerinya ialah Stuttgart

Penduduk jerman

Dengan 82 juta orang, Jerman ialah negara paling banyak penduduk di dalam Kesatuan Eropah. Namun, kadar kesuburannya adalah yang paling rendah di dunia dengan 1.39 orang anak bagi seorang ibu.Pejabat Perangkaan Persekutuan menganggarkan penduduknya akan mengecut ke antara 69 dan 74 juta orang menjelang tahun 2050.Jerman mempunyai beberapa buah bandar raya besar, di antaranya ialah Berlin, Hamburg, Munich, Cologne, Frankfurt dan Stuttgart. Konurbasi terbesar pula ialah kawasan Rhine-Ruhr, meliputi Düsseldorf (ibu negeri NRW) dan bandar raya-bandar raya seperti Cologne, Essen, Dortmund, Duisburg, dan Bochum.

Jumlah penduduk di wilayah-wilayah Jerman 1800 - 2000 dan jumlah pendatang asing 1975 - 2000.
Sehingga Disember 2006, terdapat sejumlah 7.3 juta orang dengan kewarganegaraan asing yang berdaftar di Jerman dan 18.2% daripada keseluruhan penduduknya adalah berketurunan asing. Golongan muda berkebarangkalian lebih tinggi untuk mempunyai keturunan asing berbanding warga tua. 30% daripada orang-orang Jerman yang berumur 15 tahun atau lebih muda mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjaga yang dilahirkan di luar negara. Di bandar raya-bandar raya besar, 60% daripada kanan-kanak berumur 5 tahun dan lebih muda mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjaga yang dilahirkan di luar negara.Kumpulan yang terbesar 2.3 juta orang berasal dari Turki dan majoriti lainnya berasal dari negara-negara Eropah seperti Itali (kumpulan kedua terbesar dengan 8% daripada 7 juta warga asing), Greece, Poland dan Croatia. Menurut Tabung Penduduk PBB, jumlah penduduk asing di Jerman merupakan yang ketiga terbesar di dunia, iaitu 5% atau 10 juta daripada 191 juta golongan pendatang di seluruh dunia, atau sekitar 12% daripada keseluruhan penduduknya.Penguatkuasaan undang-undang baru berkenaan imigresen dan permohonan suaka yang lebih ketat berbanding undang-undang lama yang agak longgar pula menyebabkan kadar kemasukan semakin berkurangan sejak tahun 2000.

Hampir keseluruhan Jerman memiliki iklim sederhana bermusim yang dipengaruhi oleh tiupan bayu barat. Iklim ini disederhanakan oleh Arus Atlantik Utara, yang merupakan sambungan kepada Arus Teluk. Air laut yang lebih panas ini memberi kesan kepada kawasan-kawasan yang bersempadankan Laut Utara termasuk Semenanjung Jutland dan kawasan sepanjang Sungai Rhine, yang turut mengalir ke Laut Utara. Oleh yang demikian, kawasan di utara dan barat laut beriklim kelautan. Hujan berlaku sepanjang tahun dengan jumlah terbanyak di musim panas. Musim sejuk adalah sederhana dan musim panas cenderung menjadi sejuk, walaupun suhu boleh melebihi 30 °C bagi tempoh yang panjang. Di timur, iklim adalah lebih kebenuaan dengan musim sejuk yang boleh menjadi sangat sejuk dan musim panas pula sangat panas, selain tempoh kering yang panjang selalu direkodkan. Kawasan tengah dan selatan Jerman adalah wilayah peralihan yang berubah dari iklim kelautan sederhana hinggalah ke kebenuaan. Sekali lagi, suhu maksimum boleh melebihi 32 °C pada musim panas.

Agama
Kristian ialah kumpulan agama terbesar di Jerman dengan 53 juta penganut (64%),Agama kedua terbesar pula ialah Islam dengan 3.3 juta penganut (4%) diikuti dengan penganut Buddha dan Yahudi, kedua-duanya dengan jumlah penganut sekitar 200,000 orang (0.25%). Agama Hindu pula mempunyai sekitar 90,000 orang penganut (0.1%). Lain-lain kumpulan agama memiliki penganut kurang daripada 50,000 orang (kurang daripada 0.05%). Sekitar 24.4 juta orang (29.6%) pula tidak mempunyai agama.
Penganut Protestan bertumpu di utara dan timur manakala penganut Katolik pula bertumpu di selatan dan barat. Masing-masing memiliki penganut sekitar 31% daripada keseluruhan penduduk. Ketua Gereja Katolik Rom pada masa kini, Paus Benedict XVI, dilahirkan di negeri Bavaria. Orang-orang yang tidak beragama, termasuk ateis dan agnostik yang membentuk 29.6% daripada keseluruhan penduduk, kebanyakannya bertumpu di negeri-negeri bekas Jerman Timur dan kawasan metropolitan utama.
Daripada 3.3 juta orang penganut Islam, kebanyakannya adalah golongan Sunnah dan juga Alewi dari Turki, tetapi terdapat juga sekumpulan kecil penganut Syi'ah.1.7% penduduk negara ini mengaku sebagai penganut Kristian Ortodoks, dengan orang-orang berketurunan Serb dan Greek membentuk majoriti.Jerman juga mempunyai jumlah penganut agama Yahudi ketiga terbesar di Eropah Barat.Pada tahun 2004, pendatang-pendatang Yahudi dari bekas republik Soviet berhijrah ke Jerman dalam jumlah yang sama besar dengan kumpulan yang berhijrah ke Israel, membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 200,000 orang berbanding 30,000 sebelum penyatuan semula. Kota-kota besar dengan komuniti penting orang-orang Yahudi termasuklah Berlin, Frankfurt dan Munich. Sementara itu, sekitar 250,000 orang, sebahagian besar merupakan pendatang-pendatang dari Asia, penganut agama Buddha tinggal di Jerman.
Menurut Undian Eurobarometer pada tahun 2005, 47% warga Jerman bersetuju dengan pernyataan: "Saya percaya akan kewujudan Tuhan", sementara 25% pula bersetuju dengan pernyataan: "Saya percaya wujudnya roh atau kuasa kehidupan" dan 25% pula bersetuju dengan: "Saya tidak percaya akan kewujudan roh, tuhan atau kuasa kehidupan".

daerah:
Baden-Württemberg dengan ibukota negara bagian Stuttgart
Bayern dengan ibukota negara bagian Munich
Berlin, salah satu dari 3 kota yang memiliki status sederajat dengan negara bagian, merupakan juga ibukota negara Jerman.
Brandenburg dengan ibukota negara bagian Potsdam
Bremen, juga adalah kota yang berstatus sebagai negara bagian
Hamburg, kota ketiga selain Berlin dan Bremen yang memiliki status khusus sebagai negara bagian.
Hessen dengan ibukota negara bagian Wiesbaden
Mecklenburg-Vorpommern dengan ibukota negara bagian Schwerin
Sachsen Bawah dengan ibukota negara bagian Hannover
Rhein Utara-Westfalen dengan ibukota negara bagian Düsseldorf
Rheinland-Pfalz dengan ibukota negara bagian Mainz
Saarland dengan ibukota negara bagian Saarbrücken
Sachsen dengan ibukota negara bagian Dresden
Sachsen-Anhalt dengan ibukota negara bagian Magdeburg
Schleswig-Holstein dengan ibukota negara bagian Kiel
Thüringen dengan ibukota negara bagian Erfurt

Bahasa
Bahasa Jerman ialah bahasa rasmi dan yang paling dominan yang ditutur di negara Jerman.Ia juga adalah salah satu daripada 23 bahasa rasmi Kesatuan Eropah, dan salah satu bahasa bekerja di Suruhanjaya Eropah, selain bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Bahasa minoriti yang diiktiraf pula termasuklah bahasa Denmark, bahasa Sorbia, bahasa Roma dan bahasa Frisia. Kesemuanya dipelihara dan dilindungi oleh Piagam Eropah bagi Bahasa Wilayah dan Minoriti. Bahasa golongan pendatang yang paling banyak digunakan pula ialah bahasa Turki, Poland, bahasa-bahasa Balkan dan Rusia.
Bahasa Jerman piawai ialah bahasa Jermanik Barat yang sangat berkait rapat dan turut digolongkan bersama-sama bahasa Inggeris, Belanda dan Frisia. Kebanyakan perbendaharaan kata bahasa ini berasal dari cabang Jermanik di dalam keluarga bahasa Indo-Eropah.Beberapa kumpulan kecil perkataan penting pula berpunca daripada bahasa-bahasa Latin, Greek, Perancis, dan juga Inggeris. Tabiat mencampuri dua bahasa (seperti Bahasa Rojak) turut mula menular di kalangan penutur bahasa Jerman, yang dikenali sebagai Denglish (Bahasa rojak yang mencampurkan bahasa Jerman dan Inggeris). Bahasa Jerman ditulis menggunakan abjad Rumi. Namun, terdapat beberapa abjad tambahan iaitu tiga huruf vokal umlaut (ä, ö dan ü) serta Eszett atau scharfes S (S tajam) yang ditulis sebagai "ß" atau gantinya "ss".
Loghat Jerman dibezakan daripada jenis-jenis utama bahas Jerman. Loghat ini adalah jenis tempatan yang berasal daripada puak-puak Jermanik yang berbeza-beza. Kebanyakannya tidak mudah difahami oleh mereka yang hanya boleh bertutur bahasa Jerman piawai kerana kosa kata, sebutan dan susunan ayat yang berlainan.
Di seluruh dunia, bahasa Jerman dituturkan oleh sekitar 100 juta orang penutur asli dan juga sejumlah 80 juta pengguna yang lain.Jerman ialah bahasa utama di EU yang dituturkan oleh lebih 90 juta orang (18%). Sementara itu, 67% warga Jerman mengaku boleh bertutur sekurang-kurangnya satu bahasa asing, 27% yang lain pula boleh bertutur dua bahasa asing selain bahasa ibunda mereka.

Ekonomi
Jerman ialah ekonomi terbesar di Eropah, ketiga terbesar di dunia dari segi KDNK dan kelima dari segi kuasa membeli.Pertumbuhan ekonomi pada tahun 2007 dicatatkan sebanyak 2.4% dan dijangka akan mengekalkan tahap ini pada tahun-tahun berikutnya.Sejak Era Industrialisasi, negara ini telah menjadi penggerak, pereka dan penerima faedah sebuah ekonomi yang lebih terbuka. Pengeksportan barangan buatan Jerman adalah faktor utama kekayaan negara ini. Jerman ialah negara pengeksport terbesar di dunia dengan jumlah dagangan mencecah €969.1 bilion pada tahun 2007 (termasuk kawasan Euro) dan menghasilkan lebihan dagangan bernilai €159 bilion.Sektor perkhidmatan pula menyumbang sekitar 70% daripada keseluruhan KDNK, berbanding perusahaan sebanyak 29.1% dan pertanian sebanyak 0.9%. Kebanyak produk keluaran negara ini ialah dalam bidang kejuruteraan, khususnya automobil, jentera, logam dan barangan kimia.Jerman juga merupakan negara pengeluar terbesar dunia bagi teknologi turbin angin dan tenaga suria.Beberapa perhimpunan dan pameran dagangan dunia tahunan terbesar diadakan di beberapa buah bandar raya Jerman seperti Hanover, Frankfurt dan Berlin.
Di kalangan syarikat yang disenaraikan di bursa saham terbesar di dunia mengikut pulangan, iaitu Fortune Global 500, 37 daripadanya berpangkalan di Jerman. Sepuluh terbesar adalah Daimler, Volkswagen, Allianz (syarikat paling untung), Siemens, Deutsche Bank, E.ON, Deutsche Post, Deutsche Telekom, Metro dan BASF.Di kalangan majikan terbesar pula antaranya ialah Deutsche Post, Robert Bosch dan EdekaJenama terkenal dunia pula ialah Mercedes Benz, SAP, BMW, Adidas, Siemens, Porsche, Volkswagen dan Deutsche Bank.

Jerman adalah pengeksport terbesar dunia pada tahun 2007.
Jerman adalah negara yang memperjuangkan kesepaduan ekonomi dan politik dalam Eropah, dan dasar komersilnya acapkali ditentukan oleh perjanjian dengan ahli-ahli EU dan perundangan pasaran tunggal EU. Jerman menggunakan matawang bersama Eropah, iaitu euro, dan dasar kewangannya ditentukan oleh Bank Pusat Eropah di Frankfurt. Selepas penyatuan semula Jerman pada tahun 1990, taraf hidup dan pendapatan tahunan masih kekal lebih tinggi di negeri-negeri Jerman Barat.Pemodenan dan integrasi ekonomi Jerman Timur masih berterusan sebagai satu proses jangka panjang yang dijadualkan sehingga tahun 2019, dengan perpindahan tahunan daripada barat ke timur menelan belanja sebanyak $80 bilion. Kadar pengangguran keseluruhan telah turun dengan konsisten sejak tahun 2005 dan mencecah rekod terendah dalam 15 tahun pada bulan Jun 2008 dengan 7.5%peratusan ini meliputi purata 6.2% di Jerman Barat dan 12.7% di Jerman Timur. Kerajaan sebelum ini di bawah Canselor Gerhard Schröder telah melancarkan satu rancangan yang menyeluruh bagi memperbaharui pasaran buruh dan institusi-institusi kebajikan. Kerajaan masa kini pula menjalankan dasar fiskal yang ketat dan telah memotong pekerjaan biasa di dalam sektor awam dengan tujuan mendapatkan belanjawan seimbang pada tahun 2008.

Sains dan teknologi
Jerman telah melahirkan ramai pengkaji terkemuka di dalam pelbagai bidang sains. Hadiah Nobel telah dianugerahkan kepada 100 orang penerima yang berasal dari negara ini.Hasil kerja Albert Einstein dan Max Planck menjadi asas kepada ilmu fizik moden, yang kemudiannya dibangunkan oleh Werner Heisenberg dan Max Born.Mereka ini didahului oleh ahli-ahli fizik seperti Hermann von Helmholtz, Joseph von Fraunhofer dan Gabriel Daniel Fahrenheit. Wilhelm Conrad Röntgen telah menemui Sinar-X yang dipanggil Röntgenstrahlen (bahasa Melayu: Sinar Röntgen) di dalam bahasa Jerman dan beberapa bahasa lain. Penemuannya ini menjadikannya penerima pertama Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1901.Werner von Braun telah membangunkan roket angkasa lepas pertama (roket pertama melepasi 100 km sempadan ke angkasa lepas) dan kemudiannya menjadi anggota terkemuka NASA dan membangunkan roket bulan Saturn V, yang membawa kepada kejayaan Amerika Syarikat melalui Rancangan Apollo. Hasil kerja Heinrich Rudolf Hertz di dalam bidang sinaran elektomagnet adalah penting dalam pembangunan teknologi telekomunikasi moden.Melalui pembinaan makmal pertama di Universiti Leipzig pada tahun 1879, Wilhelm Wundt dianggap sebagai pengasas bidang psikologi sebagai sains empirik bebas.Sumbangan Alexander von Humboldt sebagai ahli sains semula jadi dan peneroka pula kemudiannya menjadi asas kepada biogeografi.

Kompleks bilik bersih yang luas untuk pengeluaran mikroelektronik di Stuttgart.
Beberapa ahli matematik terkemuka juga telah dilahirkan di Jerman, termasuklah Carl Friedrich Gauss, David Hilbert, Bernhard Riemann, Gottfried Leibniz, Karl Weierstrass dan Hermann Weyl. Jerman juga merupakan tempat kediaman banyak pereka dan jurutera terkenal seperti Johannes Gutenberg, yang mencipta mesin pencetak boleh gerak; Hans Geiger, pereka pembilang Geiger; dan Konrad Zuse, yang mula-mula mencipta komputer digital automatik.Pereka, pencipta, jurutera dan usahawan seperti Ferdinand von Zeppelin, Otto Lilienthal, Gottlieb Daimler, Rudolf Diesel, Hugo Junkers dan Karl Benz telah membantu membentuk sistem kenderaan dan pengangkutan udara moden.
Institusi-institusi kajian sains yang penting di Jerman ialah Persatuan Max Planck, Masyarakat-Helmholtz dan Persatuan Fraunhofer. Mereka mempunyai hubungan samada secara bebas atau luaran dengan sistem universiti dan menyumbang dalam jumlah yang agak besar terhadap usaha-usaha saintifik di negara ini. Anugerah berprestij Hadiah Gottfried Wilhelm Leibniz dianugerahkan kepada sepuluh orang ahli sains dan akademik pada setiap tahun. Dengan hadiah maksimum €2.5 juta bagi setiap anugerah, ia merupakan salah satu hadiah kajian tertiinggi di dunia.

Pendidikan
Tanggungjawab terhadap pendidikan di Jerman diserahkan kepada negeri-negeri sementara kerajaan persekutuan hanya memiliki peranan kecil. Pendidikan pra-sekolah yang tidak diwajibkan disediakan untuk kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun. Selepas itu, mereka diwajibkan menghadiri pengajian di sekolah selama sekurang-kurangnya sembilan tahun. Pendidikan rendah selalunya berlangsung selama empat tahun dan sekolah-sekolah awam tidak disusun mengikut kategori pada tahap ini.Berbeza pula di peringkat menengah, sistem persekolahan dibahagikan kepada empat jenis berlandaskan kemahiran atau keupayaan murid-murid seperti yang dicadangkan oleh guru, iaitu: Gymnasium, yang turut dihadiri oleh murid-murid yang berbakat besar yang menyediakan mereka ke arah pengajian di universiti dengan kehadiran sekitar lapan atau sembilan tahun bergantung kepada tahap murid-murid; Realschule, yang menawarkan pengajian lebih terbuka dan meluas bagi murid-murid tahap pertengahan yang berlangsung sehingga enam tahun; Hauptschule, yang menawarkan pengajian vokasional; dan juga Gesamtschule atau sekolah komprehensif yang menggabungkan ketiga-tiga jenis sekolah menengah di bawah satu bumbung.

Perpustakaan Universiti Heidelberg. Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1386.
Rancangan Penilaian Murid-murid Antarabangsa (PISA) yang dikendalikan oleh OECD, menilai kemahiran murid-murid berumur 15 tahun di negara-negara ahli dan beberapa negara-negara rakan. Pada tahun 2006, murid-murid memperbaiki kedudukan mereka dari tahun-tahun sebelumnya dengan menduduki tangga ke-13 (atas purata) dalam kemahiran sains, tangga ke-20 dalam kemahiran matematik dan tangga ke-18 dalam kemahiran membaca.[Memandangkan tahap kecerunan sosio-ekonomi di Jerman lebih tinggi, pencapaian di Jerman dipengaruhi kuat faktor-faktor sosio-ekonomi berbanding negara-negara lain.
Untuk memasuki sebuah universiti, murid-murid sekolah menengah perlulah menduduki peperiksaan Abitur, yang menyamai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Namun, murid-murid yang memiliki sijil daripada sekolah vokasional boleh juga memohon. Sebuah sistem perantisan yang dipanggil Duale Ausbildung membolehkan murid-murid menghadiri latihan vokasional dengan bekerja (belajar) di syarikat-syarikat perusahaan selain sekolah latihan khas yang dikendalikan kerajaan.Kebanyakan universiti di Jerman dimiliki oleh kerajaan negeri dan mengenakan yuran pengajian yang berbeza-beza dari €50 hingga ke €500 bagi satu semester pengajian.Universiti-universiti Jerman diakui di peringkat antarabangsa, sekaligus menonjolkan nilai pengajian yang tinggi di negara ini. Di dalam "Kedudukan Universiti Dunia THES-QS" pada tahun 2007, tiga buah universiti awam Jerman menduduki tangga 100 utama dunia, manakala 11 yang lain menghuni kedudukan 200 utama.

Pengangkutan
Oleh sebab kedudukan Jerman di Eropah Tengah, terdapat jumlah pergerakan trafik yang amat tinggi di Jerman. Ini termasuk pergerakan trafik darat, udara dan air. Jerman merupakan negara persinggahan penting bagi sektor logistik Eropah dimana majoriti pergerakan trafiknya terdiri daripada pergerakan barang-barang perdagangan. Dalam dekad yang lepas, trafik barang perdagangan sentiasa beralih daripada perkhidmatan rel kepada jalanraya. Justeru itu, Kerajaan Persekutuan Jerman memperkenalkan tol lebuhraya kepada kenderaan berat pada tahun 2005. Disamping itu, trafik awam juga turut meningkat sehingga dalam jaringan jalanraya di Jerman, terdapat kepadatan yang amat tinggi berbanding di peringkat antarabangsa.
Pada masa akan datang dijangka tedapat peningkatan pergerakan trafik penumpang (1997-2015)sekitar 20% dan pergerakan trafik barang perdagangan (1997-2005)meningkat sekitar 64%. Demi memenuhi peningkatan ini, kerajaan persekutuan Jerman telah meluluskan pelaburan sebanyak 150 bilion Euro untuk tempoh 2001 hingga 2015 bagi menambah kapasiti jaringan jalanraya di Jerman.

Perfileman
Industri perfileman di Jerman bermula sejak awal kemunculan medium ini melalui karya Max Skladanowsky. Ia mempunyai pengaruh yang ketara ketika di bawah Republik Weimar dengan diketuai oleh puak ekspresionis seperti Robert Wiene dan Friedrich Wilhelm Murnau. Pengarah Fritz Lang yang berpusat di Austria, yang berjaya sekitar tahun-tahun sebelum perang, dikatakan mempunyai pengaruh besar terhadap industri perfileman Hollywood. Filem bisunya yang bertajuk Metropolis pada tahun 1927 dianggap sebagai kelahiran filem-filem genre fiksyen sains.
Pada tahun 1930 Josef von Sternberg mengarahkan filem Der Blaue Engel (Malaikat Biru), yang menjadi filem utama Jerman yang terawal yang mempunyai bunyi, sekaligus menjadikan pelakon utamanya Marlene Dietrich terkenal.[94] Dokumentari Impressionis bertajuk Berlin: Symphony of a Great City yang diaraklan oleh Walter Ruttmann, ialah antara contoh terbaik bagi genre simfoni bandar. Pemerintahan Nazi kemudiannya menghasilkan filem-filem berunsur propaganda, walaupun karya Leni Riefenstahl masih memperkenalkan nilai estetik baru dalam filem.[95]
Ketika 1970-an dan 1980-an, Pengarah Filem Jerman Baru seperti Volker Schlöndorff, Werner Herzog, Wim Wenders, Rainer Werner Fassbinder meletakkan industri perfileman Jerman Barat kembali ke persada antarabangsa dengan filem-filem berunsur provokatif.[96]
Lewat kebelakangan ini pula, filem-filem seperti Das Boot (1981), Lola rennt (Larilah Lola) (1998), Das Experiment (2001) , Good Bye Lenin! (2003) , Gegen die Wand (2004) and Der Untergang (2004) telah mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa. Anugerah Akademi untuk Filem Bahasa Asing Terbaik pernah diberikan kepada Die Blechtrommel pada tahun 1979, kepada Nirgendwo in Afrika pada tahun 2002, dan kepada Das Leben der Anderen pada tahun 2007.[97] Pelakon-pelakon terkenal dari Jerman pula ialah Marlene Dietrich, Klaus Kinski, Hanna Schygulla, Armin Mueller-Stahl, Jürgen Prochnow dan Thomas Kretschmann.
Festival Filem Berlin yang dianjurkan setiap tahun sejak 1951 ialah sakah satu daripada festival filem terkemuka di dunia. Sekumpulan hakim antarabangsa menekankan kepada kepelbagaian filem dari seluruh dunia dan menganugerahkan pemenangnya dengan Beruang Emas dan Perak.[98] Selain itu, Berlin, yang menempatkan Akademi Filem Eropah (EFA), turut menjadi tuan rumah kepada Anugerah Filem Eropah yang dianjurkan setiap dua tahun sekali. Studio Babelsberg di Potsdam pula merupakan studio perfileman berskala besar yang tertua di dunia dan pernah menjadi pusat penerbitan filem antarabangsa.